Tuesday, June 14, 2016

IB with the E14Drama

Dilemma nak cerita mana satu. Itulah orang kata tak baik procrastinate. Sekarang tak tahu mana yang datang dulu. Sebab masing-masing kisahnya penting dalam kehidupan IB ni huhu cheesy.


Sepanjang dekat KMB, semua yang muncul dalam hidup rasa bermakna je sengsorang ni. Harus ada kisah yang takleh nak lupa. Walaupun kekadang rasa macam ey nak ketuk je classmates aku ni, tapi ntahlah appreciate je kehadiran diorang.


Yaa, classmates antara yang berhargalah dekat KMB tu.


Haaa memang sengaja upload gambar yang semorang tengah tah pape
(tak cukup 2 orang)


Walaupun awal-awal masuk ramai yang tertanya-tanya,

"Jan, kenapa kau termasuk sini? Kenapa tak kelas sebelah?"

bunyi macam menghalau kan hahaha eyyy. Dan ada juga,

"Shahizan kenapa tak masuk kelas kitorang eh?"

"Kau datang lambat ke pe? Patutnya kita sekelas!"


Tak pelik pun bila ramai persoalkan, sebab aku pun pernah terfikir benda ni. Kalau ikut logik aku, boleh je sampai meja pendaftaran kelas dengan cepat sebab ada line khas untuk JPA student dan kitorang pun tak ramai mana (yang masa tu dalam 13 orang je). Datang pulak kemain awal pagi. Hm logik je lah untuk masuk kelas yang awal sikit.


Kalau fikir balik macam mana hari pertama (pendaftaran) tu, rasa cantik je Allah susun. Atas sebab terlepas pandang nak donlod dokumen dari website KMB hadirlah momen-momen yang memakan masa aku untuk ke meja pendaftaran kelas. Sekecil-kecil benda pun boleh menentukan apa yang akan terjadi lepas tu.


Tapi bila Allah kata kelas tu yang terbaik buat aku, maka siapalah kita untuk mengelak. Kan? Walaupun tak sanggup nak ingat balik apa yang dah berlaku sepanjang pendaftaran tu tapi terasa benar hikmahnya dan sepanjang IB tu memang mindset "inilah kelas terbaik untuk aku".


170516 - sehari sebelum last paper boleh lagi pergi rumah cikgu makan-makan hihi
(Tak cukup 6 orang)


Bayangkan dalam 19 orang dalam kelas tu, 16 orang introvert. Sampai ada yang buat analogi "kalau kau kenal semua E14D maksudnya kau dah kenal seluruh KMB ni." Hahhh kau sampai gitu. Kalau dalam dewan tu mintak wakil kelas untuk berucap ke pe, memang kita hantar orang-orang extrovert yang 3 orang ni je lah hahahaha kesian jugak kadang-kadang.


Awal-awal sem 1 semua acah sopan huhu baik jugak lah semorang masa tu. Kalau orang kata tipikal kelas engine ni cenggitu cenggini, kelas aku cam takde ciri-ciri tu pun. Sampai rasa ya Allah ini kelas aliran agama ke pe. Again, awal-awal je lah. Lama-lama tunjuk jugak belang tu. Luar kelas kemain sopan dalam kelas kasut Hadi pun boleh sampai atas aircond. Kad LRC hafiz dilekat dekat whiteboard, sampai tc Aida tak sanggup nak tulis kat whiteboard sebab nampak muka hafiz hmm hm


Tapi faham je sebab classmate ramai introvert, so kat luar kalau bertembung pun masing-masing buat tak kenal T^T lagi-lagi masa sem 1, sampai "eh dia ni classmate aku rupanya". Tapi bila dalam kelas sampai kelas sebelah boleh ketuk suruh diam sikit.


Kepada yang ingat kitorang tak pernah kena denda


Alhamdulillah dari diorang lah banyak belajar benda. Banyak peluang yang diorang beri. Contohnya, awal-awal dulu menangis taknak handle CBP tapi akhirnya berjaya jugak sampaikan dana ke Vietnam. Kadang serba-salah jugak, sebab rasa macam tak buat kerja hahahaha selalu mintak hafiz je wakil. Kena marah dengan advisor pun Hafiz. Banyak sangat yang diorang tolong. Cari sponsor, kumpul dana, stress sama-sama sebab proposal asyik kena tolak. Kalau bukan sebab diorang, benda yang kita dipertanggungjawabkan memang tak dapat nak settle.


011215, KLIA 2
(tak cukup 2 orang)



CBP :') antara yang paling sakit dalam IB


Sem 2 - Ceritanya nak try buat waffle je untuk jualan tapi gaya kemain ala merewang kan 


Dan juga Zakir yang banyak tolong dalam kem motivasi walaupun dalam saat-saat kritikal sebab nak exam sem 3. Terharu jap sebab semua bagi komitmen padahal nak exam dah. Best jugak sebab dapat pengalaman baru. Sorry Zakir kalau lambatnya kitorang bergerak membebankan kau huuu. Thanks jugak sebab sanggup jadi class rep untuk 2 sem yang mencabar. Kalau aku lelaki mungkin aku boleh gantikan kau, tapi itulah aku perempuan haha kang tercabar ego lelaki korang kang hahhhh


Saja kasi penghargaan khas untuk Zakir sebab rasa serba salah aku pernah jerit nama dia sebab tutup lampu khemah masa Megafair hahahaha sumpah tak sedar. Mungkin masa tu aku geram sangat sebab tengah kemas-kemas khemah. Semua yang bising kat situ terdiam sesaat hahahaha sorrylah tak cukup tarbiyyah waktu tu.


3 days before sem 3 exam
(tak cukup 2 orang)


Walaupun 6 orang je perempuan tapi nak dapat full semorang ada dalam 1 gambar punyalah susah T^T


Menyampah pulak tengok diri sendiri dalam gambar tu huuu. Tak perasan Zakir dah tangkap gambar masa ni. Tengoklah nani pun gelak tak habis lagi kot. Zakir ni bukan nak tangkap gambar elok-elok. Dah lah tak centre, tak kira 1 2 3, senget pulak tu, tetibe cakap dah tangkap. Zakir ni memang lah. Eh, sorry Zakir. Termarah pulak.


The girls -- yang aku rasa budak laki kelas kitorang kena bersyukur sebab sekelas dengan kitorang hahaha. Sebab none of us yang ada kuasa suara kuat atau gelak kuat. Walaupun ya mungkin ada waktu-waktunya macam tiba-tiba korang kena marah ke apa (macam nama Zakir kena jerit tu), tapi haaaa alah bersyukur je lah. Kitorang baik kot (emoji bom pistol pisau)


(Korang jangan macam-macam. Aku ada banyak koleksi gambar korang yang boleh buat 7 keturunan takleh lupa. Takpelah, setakat ni biar aku je gelak sorang-sorang) -- ayat ugut


Betapa susahnya nak mintak diorang pakai baju seragam untuk gambar kelas T^T tapi at the end diorang lah paling semangat nak gambar macam tu macam ni. Gambar diorang paling banyak dalam camera ni eyy


Punyalah derhaka masa Sem 1 dulu. Exam PAI tak ambik lagi, boleh buat BBQ petang tu. Sem 1 kan tak kenal lagi EE, IA, WA, TOK essay.


Huwaaa rindunya masa-masa dekat Vietnam T^T


Ini lah kelas yang tahu betapa sedihnya aku kalau kena buat English essay. Diorang dah faham sangat kalau diberi pilihan English HL dengan Chem HL aku akan pilih Chem HL haha (walaupun tak tahu lagi apa result yang menanti huhu). Bayangkan semorang kalau cakap dengan Sean mesti speaking, tapi sampai dekat aku Sean pun spontan cakap melayu. Hah nampak betapa kuatnya darah melayu aku hiuhiu


Kalau nak cakap pasal apa-apa yang melibatkan English (IOC, WA, IELTS, Essay, Debate, Proposal) hampir setiap sorang pernah tolong T^T Mia yang selalu ajar skills and technique, Nani si grammar nazi dan kamus bergerak, Hafiz tukang kasi idea mengarut.


TOK part lah yang paling tak boleh tidur malam. Presentation atau essay sama-sama boleh buat nangislah kalau kena reject. Kalau bukan sebab Ily punya semangat dan Mia yang sangat bersungguh-sungguh pergi consult budak blok sebelah, aku mesti dah lama collapse. Sebaklah cerita pasal TOK ni. Rasa macam taknak ingat boleh tak hahahaha TOK? Hahahaha hmmm k


Hmmm tak tahu lah apa yang best sangat kat bawah tu
sampai tak perasan kita tangkap gambar dari belakang


Hampir sampai ke penghujung IB pun masih ada lagi classmate yang tolong kita sobs. Lagi-lagi dalam study. Yelah nama pun hujung IB kan. Bebas daripada bendasing selain exam huhu. Time tu study je. Terima kasih kepada IRPmates, orang-orang yang proofread WA English, WA Malay, TOK Essay, guru-guru muda yang ajar Malay, Econs, Physics.


Banyak sangat pertolongan yang Allah beri melalui orang-orang ni. Terlalu banyak yang Allah anugerahkan daripada hari pertama masuk KMB hingga clearance habis IB. Moga Allah permudahkan urusan mereka juga sebagaimana mereka dah mudahkan urusan kita. Tak pernah terfikir pun untuk ada classmate lain sebagai ganti, sebab ini memang yang terbaik buat saya.


Selalu sangat doa cikgu-cikgu lembut hati setiap kali masuk kelas kitorang. Setiap kali cikgu masuk kelas sambil senyum rasa Allah dengar rupanya doa kita tu :')



Akhirnya ada pun gambar yang lengkap 19 orang T^T
Itupun gambar untuk majalah KMB
Gambar ni tak lengkap senanya sebab Tc Aida tak ada T^T


2 comments:

  1. Kahkah... Malas la nak cite. Shahizan ni selalu nangis bila kena balik ib. Bila aku cakap sikit je mula la ibu tegur jangan usik apa apa nanti lagi teruk dia nangis.
    -Shafiqa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh pe beza dengan kau balik dari INTEC nangis-nangis -_- ingat ibu tak cerita ke kat aku

      Delete

Have you said Alhamdulillah today?