Tuesday, August 16, 2016

Officially an IB Survivor

Rasa seronok pulak baca entry awal-awal masuk KMB (lol syok sendiri). Segala perasaan takut, nak nangis sebab macam tak mampu gila nak habiskan 2 tahun IB but, Alhamdulillah I made it!!! (grin till my cheeks feel numb) graduated successfully (well not that really excellence of 45 points) but still Alhamdulillah for Allah ease me along the journey.

Bila orang tanya "nak tak ambik IB lagi?"

I would say no. Never once I'll say it's easy hahaha


Ok, selingan daripada Athirah sikit


Ain't going to tell how IB actually works in this entry. But surely IB isn't as easy as how it is pronounced. ((Not really, because Shafiqa once failed pronouncing the "Baccalaureate" part Hahahaha))


Last Saturday was our graduation day tapi camera rosak so hm banyak gambar curi je lah hahaha and Faiz bawak camera tapi dia tak guna so macam tak tau malu kita yang guna camera dia (rasa akward bila tak pegang camera lolz) mungkin Allah nak detach dan bersihkan diri ni daripada dslr huhu inshaaAllah ada rezeki beli baru. (Eh)



Gambar curi 1
Credit: Hanani

Alhamdulillah IB mengajar untuk setiap gambar yang diambil kena letak kredit. Ceh takdelah, poyo je. Setakat ambik dari Nani apa lah sangat hahahaha (kalau nani dekat sebelah sekarang ni mesti dia geram)

Biasalah bila majlis-majlis begini kita kena book tempat untuk parents dan ahli keluarga seawal yang mungkin. Bulan March rasanya, tangan aku ditarik oleh satu lembaga dan,

"Shizan! Kita ada benda nak tunjuk dekat awak"

Dia tarik sampai ke board (laluan ke DS) dan tunjuk listname student berserta bilangan kepala yang kita bayar untuk ke majlis graduasi.

"Awak paling ramai setakat ni"

Lepas tu seronoklah dia gelakkan kita

-_-

Tapi aku gelak je lah sebab kalau boleh memang nak bawak satu kampung pun hahahaha



Gambar curi 2
Credit: dapat dari farzana tapi tak tau dia dapat dari siapa


Bila dapat tau pasal majlis graduasi ni, abang terus bank in duit bayar untuk 6 orang T^T Ya Allah bergetar hati Allah je tau. Sebab masa tu exam pun belum lagi. Rasa macam nak nangis... macam mana kalau tak lepas... "kalau tak lepas, anggap sedekah je lah"  kata ibu. 


"Huwaa janganlah cakap macam tu nanti jadi doa" - aku

"Hah tau pun. Dia yang start dulu"- ibu


Bertuah jugak abang aku ni, dia boleh promote lagi dekat family group siapa nak ikut. Aku dekat KMB masa tu tak tau nak rasa apa dah. Beristighfar aku. Cerita dia boleh je bayar untuk ibu dengan abah je dulu. Dah keluar result nanti boleh tambah orang lagi ikut suka lah. Tapi belum apa-apa dah bayar untuk satu rumah sampai semorang ingat tahap konfiden aku kalau tiba-tiba kena ambik exam kira macam dah ready lah nak masuk dewan tsk tsk.


Ditakdirkan lagi result kitorang keluar masa 1st syawal 8.30pm waktu tempatan. Tak tau nak rasa suasana raya atau suasana debaran. Rasa bersyukur jugak sebab Allah hadiahkan satu bulan Ramadhan untuk berdoa dan disambung pula dengan 1st syawal gerak Perak, rasalah diri ni sebagai seorang musafir huhu doa orang musafir kan mustajab hihu. Belum kira lagi kawan-kawan yang tengah bercuti dekat Malaysia, semua aku whatsapp mintak doakan dapat yang terbaik.


Masuk waktu Maghrib dah mula sejuk tangan koff koff. Lambat jugak aku check malam tu sebab dekat kampung susah dapat internet. Sampai ke penjuru rumah aku duduk. Elok je nak tekan "result" button dekat bahagian atas web tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pooffff! *terputus*


Hilang signal terus. Beristighfar aku sebelum gelakkan diri sendiri. Bergerak lagi pergi penjuru lagi satu. Hilang lagi, aku duduk depan pintu. Tapi tak dapat lagi sampai aku duduk luar rumah, masuk kereta baru ada internet. Hahhh gigihlah jugak. Kawan semua dah whatsapp tanya update (whatsapp masuk pulak, chrome lambat sikit) member semua dah check, siap bagitau lagi result diorang T^T berdebar tau

Bila dah risau tu terbayanglah macam mana aku jawab hari tu. Takut jawapan macam kelakar sangat ke sampai pemeriksa lupa nak bagi markah. Ntah merepek je bayangan aku masa tu. Dan Alhamdulillah, 

lepas pointer JPA.

Untuk subjek HL rasa terkejut and bersyukur jugak. Sebab dapat gred yang kita tak pernah dapat. 

Contohnya macam chemistry, rasa segan and terkejut jugak sebab teruk hahahahaha padahal subjek tu macam konfiden gila masa keluar dewan. Tapi Alhamdulillah subjek yang kita menangis-nangis (baca: Maths dan Physics) pun unexpected. Tak pernah dapat gred macam tu. Rasa happy sangat terus whatsapp cikgu hahahahaha 

Alhamdulillah untuk semua rezeki. Teringat muka semua orang keluar dewan lepas paper 2 PhysicsHL. Semua macam sedih gila. Mungkin aura sedih tu kuat sangat sampai student yang tak ambik Physics pun tumpang rasa sayu tu. Diorang caring sangat T^T semua macam "Jan ok tak? Kita dengar Physics susah" lepas tu tiba-tiba dapat makanan apa semua. Bestnya cara Allah pujuk tu T^T




PhysicsHL hari tu sampai ada petition sebab soalan susah sangat hahahaha kalau baca comment dekat petition tu buat kita lega sikit. Sebab rupanya student dekat negara lain pun susah nak jawab. So takdelah rasa kita sorang je tak boleh jawab. Alhamdulillah, bila muhasabah balik Allah jua lah yang ilhamkan student from India tu untuk initiate the petition. Tahun ni soalan physics IB selaras satu dunia, tak asing ikut timezone macam dulu-dulu.

Sangat muhasabah lepas tengok result tu. Alhamdulillah Allah memang beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. InshaaAllah ini memang result yang terbaik Allah hadiahkan. Sebab for my degree course, most of the universities' requirement tekankan dekat Maths and Physics. Subject Chemistry jadi bonus lah kalau dapat score. Walaupun kita punyalah berharap nak Chemistry 7 hahahaha sebab sebelum keluar result tu rasa Chemistry lah harapan sebab Maths dengan Physics susah xwyrqtyfxjshabgdywasga subhanallah.



Saja upload yang ni untuk simpanan hehehe


Abah selalu bangga sebab aku ikut muka abah, dapatlah tempias handsome sikit huhu



(and the curse keep going: The incomplete E14D)

Congratulations to my 2 years classmate ^^ tak tau lepas ni dapat berkumpul ramai-ramai lagi ke tak. Hmm semua nak lari pergi Aussie je ni.


Alhamdulillah untuk 2 tahun yang mengajar. Moga apa yang Allah beri, ini yang terbaik. Terbaik as in kita makin dekat dengan Dia. Tak kisah kita di bumi mana, carilah dan kembalikan semuanya kepada Dia.


--One chapter ends, InshaaAllah another chapter begins


Update: 
Baru dapat gambar dari Faiz hahaha tak ada apa pun, just nak perkenalkan cikgu-cikgu yang banyak guide and support kita sepanjang IB :')



Mr Jay (English lect) and Mr Fadzlanor (Chem lect) sampai sekarang segan nak jumpa sir sebab Chem teruk hahahaha

Pn Aida -- garang sangat masa awal-awal masuk KMB. Serius, kalau tak siap kerja maths cuak tak terkata hahahaha kadang rasa macam nak menangis sebab tak faham tapi kena paksa siapkan soalan lol Tapi siapa yang pergi consult depan-depan ya Allah tc baik sangat :') So adik-adik pls jangan takut nak pergi jumpa cikgu dekat staff room 


 Pn Arni -- salah sorang tc yang berjaya buktikan tak semua cikgu maths garang :') Cuma bila tc marah dalam kelas rasa sedih sebab tc jarang marah kan, sebab tu bila tc marah rasa macam "apa kitorang dah buat ni" T^T

 Our language lecturers, Mr Jay and Pn Linda ^^ Antara kelas yang paling kurang stress. Stress cuma datang bila kena baca puisi dekat depan je hahahaha Malay lah yang paling banyak gelak. Tiap kali cikgu Linda nak marah mesti tak jadi sebab ada Sep :') 


Ustaz Taufek -- Rasa serba salah sangat sebab tak sempat habiskan hafazan T^T

Pn Mazlina, CBP advisor -- Walaupun tc tak pernah ajar kelas kitorang, tapi dah dua kali makan nasi kerabu dekat rumah tc :') terharu sangat sebab tc selalu ambik berat pasal kitorang


Andddd Sir Pawadi (Phys lect), Pn Marzini (Phys lect), Pn. Aida (Econs lect), Tc Fudgie (TOK lect), Pn Juliana (EE Advisor) -- Thankyou teachers for everything. One of the reasons why KMB selalu di hati is because the lecturers always do something yang menyentuh hati :') Apa jua yang datang dari hati pasti akan sampai ke hati.




3 comments:

  1. Congratulations Cijan! Lepas ni fly ke mana? :)

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?